Friday, October 15, 2010

UNDER MAINTAINANCE!!!

ingin pihak kami memohon maaf di sini kepada sesiapa yang telah BANYAK menyumbangkan tenaga dalam menjayakan blog ini. sebahagian isi daripada blog ini terpaksa di edit semula atas tujuan pembaharuan isi kandungan. segala jasa, usaha, penat lelah, anda amatlah kami hargai. nantikan kemunculan semula blog ini yang lebih UP-TO-DATE dan USER-FRIENDLY.

d[^_~]b

Wednesday, July 7, 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT KEMBALI BELAJAR

Pelajar farmasi RCMP telah bercuti selama dua minggu bermula 21jun setelah mereka melalui semester pendek selama sebulan.
12 Julai adalah tarikh pendaftaran bagi semua pelajar farmasi Unikl RCMP bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari.Diharapkan pelajar tidak lupa untuk membawa slip peperiksaan yang paling terkini bagi menyemak masuk ke semester baru.Manakala kepada pelajar MARA dan PTPTN,anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebelum tarikh pendaftaran serta jangan lupa membawa slip pembayaran yang telah dibuat.Harap maklum.

Saturday, July 3, 2010

FREE PALASTINE, SAVE GAZA

Pada 10 Jun 2010, Royal College of Medicine Perak di bawah Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa(JPM)dengan sokongan semua persatuan fakulti serta Islamic Student Club(ISC) telah mengadakan 1 rapat umum bagi membantah rejim israel yang telah menyerang flotila 4 gaza serta menghalang kapal rachel morrie daripada memberi bantuan kepada rakyat palestin.Pada tengah hari itu juga telah berlangsung majlis pelancaran boikot barangan zionis dengan slogan '1 pelajar 1 barang' serta penyerahan kutipan derma bagi menyumbangkan dana untuk mangsa perang di Semenanjung Gaza. Majlis ini diadakan di perkarangan kolej bermula dari pukul 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zohor berjemaah di Masjid Muhibuddin Shah.Program ini bermula dengan ucapan pengerusi majlis yang merupakan wakil daripada fakulti farmasi.Seterusnya ucapan presiden JPM,ucapan darpada wakil NGO palestin serta perasmian & pelancaran boikot barangan israel oleh dekan kampus . Laungan & laungan kuat dan padu daripada semua pelajar yang menyertai terus menerus yang mengutuk kekejaman zionis sentiasa kedengaran sepanjang majlis tersebut berlangsung.Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pelajar daripada fakulti farmasi yang begitu bersemangat waja menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kekejaman zionis.

DSC03706 DSC03708

DSC03705

DSC03704

Thursday, June 24, 2010

Program Ikatan Mesra




Persatuan Pelajar Farmasi telah bersepakat bagi mengadakan satu program iaitu Ikatan Mesra yang berfokuskan kepada pelajar baru iaitu pelajar semester 1.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara mereka malah juga mengenali senior-senior mereka.Program ini telah diadakan pada 6 Februari bertempat di Taman Herba.Selain itu juga,pelajar baru didedahkan bagaimana untuk menjadi entrepreneur yang bagus serta menjalankan R&D terhadap tumbuhan.Maka dengan itu,Taman herba telah dipilih sesuai dengan tujuan program ini diadakan.

Program ini telah dihadiri 48 pelajar semester 1 yang dipecahkan kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan tersebut mempunyai dua fasilitator.Pelajar senior yang mengikuti program ini adalah seramai 95 pelajar iaitu dari semester 2 sehingga semester 4.Pelajar-pelajar senior yang terlibat banyak menjadi AJK kepada permainan Eksplorace serta menjadi ajk biro-biro tertentu.Manakala seorang lecturer dan 2 staf yang telah hadir adalah Encik Maywan Hariano serta Staf Farmasi iaitu Puan Siti dan En.Sharmirza.

Terdapat 2 aktiviti utama yang diadakan iaitu Eksplorace yang mempunyai beberapa checkpoint dimana ada tugasan dan permainan disetiap checkpoint yang mereka lalui.Aktiviti ini diadakan bertujuaan untuk menilai sejauh mana kekuatan mereka bekerja dalam kumpulan selain daripada matlamat utama iaitu mengeratkan hubungan antara mereka serta senior mereka.Malah ketahanan fizikal & mental juga diuji sepanjang aktiviti explorace ini berlangsung serta peranan ketua kumpulan serta kepatuhan ahli kepada ketua mahupun fasilitator.








Manakala satu lagi aktiviti yang telah diberi nama Ubat Impianku iaitu satu produk baru yang bakal masuk pasaran setelah mereka melakukan R&D tersebut iaitu satu tugas yang diberikan kepada mereka sebelum mereka membuat lawatan ke Taman Herba iaitu berkaitan dengan Entrepreneur dan R&D.Mereka yang bergerak dalam kumpulan telah diberi satu situasi dimana mereka diberi sekeping cek yang bernilai rm1000 dan mereka perlu memikirkan tumbuhan apa yang mereka boleh ambil daripada lawatan mereka itu menjadi projek R&D mereka.Setelah lawatan mereka telah tamat,mereka diberi 15 minit masa untuk berbincang sebelum membuat satu persembahan atas apa kajian yang mereka ingin lakukan serta apa yang mereka akan lakukan dengan cek bernilai Rm1000 tersebut.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang untuk permainan Eksplorace yang telah disampaikan oleh Encik Maywan Hariano.Program ini yang bermula pada jam 9.00pagi telah berakhir pada pukul 4.00 petang.

Election Day for 2010 PSS Board

Pada 21 Januari 2010,satu tarikh penting dalam Persatuan Pelajar Farmasi dimana telah berlakunya satu pemilihan & pengundian bagi memilih muka-muka baru untuk membarisi jawatan yang telah dikosongkan oleh pelajar terdahulu sejak akhir semester 2009.Konsep yang digunakan adalah ajk SPR yang telah dilantik akan membawa kotak undi kelas ke kelas untuk semua pelajar mengundi.Pada tahun 2010,terdapat banyak jawatan baru yang telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi pergerakan persatuan ini serta memberi peluang yang lebih banyak kepada pelajar untuk berkhidmat kepada persatuan ini bagi membawa satu perubahan.Pelajar yang terlibat dalam mengundi ialah pelajar semester 1 sehingga semester 4 manakala calon-calon bagi setiap jawatan yang dipertandingkan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2 & 3 sahaja.Manakala terdapat 7 orang pelajar daripada semester 4 telah dipilih untuk menjadi AJK SPR iaitu:
1.Muhamad Redzuan b.Abd Rahim
2.Mark Thidnoe Joal
3.Mohd Farid Naqiuddin bin Hendon
4.Ooi Ah Guan
5.Aizat Safwan
6.Mohd Khizbullah b. Anuwar
7.Abd Wadud b. Pichai Gany

Proses pengundian berjalan dengan lancar dan calon yang bertanding juga mendapat undian yang sengit namun berikut adalah keputusan yang telah diumumkan oleh AJK SPR yang telah dilantik:
Presiden :Mohd Jihadi b.Hassan (menang tanpa bertanding)
Naib Presiden 1:Abd Faiz Hakimi bin Abd Rahim (menang tanpa bertanding)
Naib Presiden 2:Annah a/p Danial Soundra
Setiausaha :Nazatul Syuhada bt. Mansor
Penolong S/U :Ong Ann Jack
Bendahari :Nurul Fitri Ain bin Ramlee
Auditor :Anisah bt Abd Rahman
Biro-Biro
Akademik :Noor Syuhada bt Ismail
Sukan :Mohd Muzammil bin Mazlan
Multimedia :Mohd Abqari bin Abdullah
Disiplin :Yuslaili bt Che Ya
Kebajikan & Ekonomi :WAn Nur Athirah bt.Wan Ghazali
Kerohanian & Kebudayaan:Nurul Atikah bt.Abd Hamid
Wakil Asrama:
Kledang :Ahmad Zaini bin Zainol Abidin(menang tanpa bertanding)
Ampng :Noraini bt Abd Karim
Wakil Pelajar Antarabangsa:Telesto April

Namun terdapat beberapa calon yang telah menang telah mengambil keputusan untuk berundur dan tidak dapat untuk memberi komitmen kepada persatuan.Maka mereka telah memberi surat perletakan jawatan kepada penasihat persatuan iaitu Tuan Haji Soffian.Setelah jawatankuasa bersama guru penasihat berbincang,kami telah bersepakat untuk melantik calon-calon pada masa hari pengundian untuk diisi pada kekosongan jawatan tersebut.
Berikut adalah jawatan yang telah diisi oleh orang baru:
Penolong Setiausaha :Fazreenizam b.Ishak
Biro Multimedia :Nur Aimy Iryany bt Anuar
Biro Ekonomi & Kebajikan:Fukaihah bt Firuz Dalili

Terima kasih kepada semua yang terlibat semasa hari pengundian serta kepada Jawatankuasa Pelajar Farmasi 2010 yang telah dilantik,harapan & tanggungjawab telah disandarkan pada kalian,maka laksanakan dengan sebaik mungkin.

Wednesday, June 23, 2010

KEM KEPIMPINAN KRIS



Pada hujung bulan 12 tahun 2009 yang lalu,kolej telah mengadakan satu program untuk bakal-bakal pemimpin yang menerajui persatuan-persatuan yang terdapat di Unikl RCMP...
Pharmacy Student Society juga tidak ketinggalan dalam menghantar wakil untuk ke program itu yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 18-20 December di Kem Rekreasi Intan Suraya,Sungai Siput,Perak.
Berikut adalah nama wakil daripada pharmacy student society:
Mohd Jihadi bin Hassan
Abd faiz Hakimi bin Abd Rahim
Nazatul Syuhada bt.Mansor
Fazreenizam b.Ishak
Nur Aimy Iryany bt.Anuar

Saturday, June 12, 2010

APA YG KAMI STUDY KT SINI? :)

ramai bakal siswa/siswazah sangka bahawa bidang farmasi adalah 1 bidang yg susah. Ini kerana banyak subjek2 ''killer'' yang terdapat dalam silibus setiap semester yang berlainan. Bukan nak kata semuanya mudah..tapi..bak kata orang tua, belum cuba belum tahu kan? ;).. yang penting, pegang pada kemahuan kita, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

SEMESTER 1

Biology

Basic Physiology

Basic Physical Chemistry

Introduction To pharmaceutics

Basic Formulation

Technical & communication English

Mathematics

Information Technology

 

SEMESTER 2

Basic Microbiology

Basic Pharmacology

Basic Organic Chemistry

Systemic Pharmacology

Introduction to Pharmacy Practice

Behavioural Science

Drug Delivery System 1

SHORT SEMESTER

Pengajian Islam

Pengajian Moral

Technical & Communication English 2 

SEMESTER 3

Autonomic Pharmacology

Antimicrobial Treatment & Chemotherapy

Introduction to Research Methodology

Drug & Society

Drug Delivery System 2

Pharmaceutical Microbiology

Mandarin 1

Technical & Communication English 3

SEMESTER 4

Applied Pharmacology

Introduction to Pharmacy Services

Analytical Pharmaceutical Chemistry

Management in Pharmacy services

Occupational Safety & Health

Dispensing Technique & Communication

Mandarin 2

Ko-kurikulum 1/ Ko-k 2

SHORT SEMESTER

First Aid & CPR

Pengajian Malaysia

Ko-Kurikulum 1 / Ko-k 2

Asas Keusahawanan

SEMESTER 5

Practical Training 1

 

SEMESTER 6

Practical Training 2

 

    renung-renungkan & selamat berusaha.!