Monday, April 25, 2011

EXAM!!!!!!


yeah!!! finally, the day that always haunting students is coming. all the best to everyone. take enough rest, take good care of your health and take good balance of meal. for muslims, don't forget to pray for making easier in answering the examination question. good luck. all the best to you guys!!! remember!!! our exam start 27th APRIL 2011 and end on 11th MAY 2011.

p/s sorry to this blog viewer because no update since last time. admin's notebook had been stolen. he's trying his best to retrieve all the post he need to post in this blog. we really sorry for any inconvenience.

Friday, October 15, 2010

UNDER MAINTAINANCE!!!

ingin pihak kami memohon maaf di sini kepada sesiapa yang telah BANYAK menyumbangkan tenaga dalam menjayakan blog ini. sebahagian isi daripada blog ini terpaksa di edit semula atas tujuan pembaharuan isi kandungan. segala jasa, usaha, penat lelah, anda amatlah kami hargai. nantikan kemunculan semula blog ini yang lebih UP-TO-DATE dan USER-FRIENDLY.

d[^_~]b

Wednesday, July 7, 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT KEMBALI BELAJAR

Pelajar farmasi RCMP telah bercuti selama dua minggu bermula 21jun setelah mereka melalui semester pendek selama sebulan.
12 Julai adalah tarikh pendaftaran bagi semua pelajar farmasi Unikl RCMP bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari.Diharapkan pelajar tidak lupa untuk membawa slip peperiksaan yang paling terkini bagi menyemak masuk ke semester baru.Manakala kepada pelajar MARA dan PTPTN,anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebelum tarikh pendaftaran serta jangan lupa membawa slip pembayaran yang telah dibuat.Harap maklum.

Saturday, July 3, 2010

FREE PALASTINE, SAVE GAZA

Pada 10 Jun 2010, Royal College of Medicine Perak di bawah Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa(JPM)dengan sokongan semua persatuan fakulti serta Islamic Student Club(ISC) telah mengadakan 1 rapat umum bagi membantah rejim israel yang telah menyerang flotila 4 gaza serta menghalang kapal rachel morrie daripada memberi bantuan kepada rakyat palestin.Pada tengah hari itu juga telah berlangsung majlis pelancaran boikot barangan zionis dengan slogan '1 pelajar 1 barang' serta penyerahan kutipan derma bagi menyumbangkan dana untuk mangsa perang di Semenanjung Gaza. Majlis ini diadakan di perkarangan kolej bermula dari pukul 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zohor berjemaah di Masjid Muhibuddin Shah.Program ini bermula dengan ucapan pengerusi majlis yang merupakan wakil daripada fakulti farmasi.Seterusnya ucapan presiden JPM,ucapan darpada wakil NGO palestin serta perasmian & pelancaran boikot barangan israel oleh dekan kampus . Laungan & laungan kuat dan padu daripada semua pelajar yang menyertai terus menerus yang mengutuk kekejaman zionis sentiasa kedengaran sepanjang majlis tersebut berlangsung.Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pelajar daripada fakulti farmasi yang begitu bersemangat waja menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kekejaman zionis.

DSC03706 DSC03708

DSC03705

DSC03704

Thursday, June 24, 2010

Program Ikatan Mesra




Persatuan Pelajar Farmasi telah bersepakat bagi mengadakan satu program iaitu Ikatan Mesra yang berfokuskan kepada pelajar baru iaitu pelajar semester 1.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara mereka malah juga mengenali senior-senior mereka.Program ini telah diadakan pada 6 Februari bertempat di Taman Herba.Selain itu juga,pelajar baru didedahkan bagaimana untuk menjadi entrepreneur yang bagus serta menjalankan R&D terhadap tumbuhan.Maka dengan itu,Taman herba telah dipilih sesuai dengan tujuan program ini diadakan.

Program ini telah dihadiri 48 pelajar semester 1 yang dipecahkan kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan tersebut mempunyai dua fasilitator.Pelajar senior yang mengikuti program ini adalah seramai 95 pelajar iaitu dari semester 2 sehingga semester 4.Pelajar-pelajar senior yang terlibat banyak menjadi AJK kepada permainan Eksplorace serta menjadi ajk biro-biro tertentu.Manakala seorang lecturer dan 2 staf yang telah hadir adalah Encik Maywan Hariano serta Staf Farmasi iaitu Puan Siti dan En.Sharmirza.

Terdapat 2 aktiviti utama yang diadakan iaitu Eksplorace yang mempunyai beberapa checkpoint dimana ada tugasan dan permainan disetiap checkpoint yang mereka lalui.Aktiviti ini diadakan bertujuaan untuk menilai sejauh mana kekuatan mereka bekerja dalam kumpulan selain daripada matlamat utama iaitu mengeratkan hubungan antara mereka serta senior mereka.Malah ketahanan fizikal & mental juga diuji sepanjang aktiviti explorace ini berlangsung serta peranan ketua kumpulan serta kepatuhan ahli kepada ketua mahupun fasilitator.








Manakala satu lagi aktiviti yang telah diberi nama Ubat Impianku iaitu satu produk baru yang bakal masuk pasaran setelah mereka melakukan R&D tersebut iaitu satu tugas yang diberikan kepada mereka sebelum mereka membuat lawatan ke Taman Herba iaitu berkaitan dengan Entrepreneur dan R&D.Mereka yang bergerak dalam kumpulan telah diberi satu situasi dimana mereka diberi sekeping cek yang bernilai rm1000 dan mereka perlu memikirkan tumbuhan apa yang mereka boleh ambil daripada lawatan mereka itu menjadi projek R&D mereka.Setelah lawatan mereka telah tamat,mereka diberi 15 minit masa untuk berbincang sebelum membuat satu persembahan atas apa kajian yang mereka ingin lakukan serta apa yang mereka akan lakukan dengan cek bernilai Rm1000 tersebut.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang untuk permainan Eksplorace yang telah disampaikan oleh Encik Maywan Hariano.Program ini yang bermula pada jam 9.00pagi telah berakhir pada pukul 4.00 petang.